Cara Penipuan Online Oleh Awang Hitam

Pernah tak korang kena add di facebook oleh jejaka hensem, kononnya kaya raya dan lepas korang dah percaya kat dia, dia janji nak hantar hadiah kat korang?


Ahah!
Hati-hatila, ini antara modus operandi scammer online yang ligat beroperasi di Malaysia ni. Walaupun Linda seorang peniaga online, Linda sendiri akan tapis setiap friendlist Linda supaya tak terjerat dengan permainan macam ni. 

Lebih-lebih lagi bila ada ahli keluarga Linda yang gambarnya sering digunakan oleh para scammers sebagai profile picture di facebook. Boleh dikatakan setiap tahun kami akan jumpa fake facebook account dengan gambar beliau di sebalik permainan awang hitam ni. Dan ramai juga yang mengatakan mereka terkena dengan modus operandi yang sama.

Nasibla hang abang ipaq nan sorang, mentang-mentangla diorang dok obersea, abih diorang rembat segala gambar dia, kakak Linda dan anak-anak saudara Linda tu. Tak terkecuali gambar mama waktu holiday ke Tunisia hari tu.


The Star pun turut mengupas modus operandi scammers ni seperti dalam link di bawah:

Oh ye! Linda pernah jugak terkena dengan scammers yang kononnya nak beli barang Linda di mudah.my. Waktu tu nak letgo diaper bag Storksak Helena Rose Leather Bag sebab tak pakai sangat. Linda lagi suka Storksak Nylon, boleh lasak sikit pakainya.

Alkisah scammer punya cerita, dia email Linda kononnya berminat nak beli dan nak bagi hadiah kat kawan dia di Indonesia. Dia pula dok kat Filipina. So dia mintak Linda dapatkan harga air freight ke Indonesia, dia akan bayar melalui PayPal.

Ok now camne pulak cara nak menipu dalam PayPal ni?
Senang je. Katalah pembeli dah bayar melalui PayPal, penjual belum dapat duit lagi sehinggalah pembeli terima barang dan respon kepada PayPal. Kalau barang yang diterima tu tak memuaskan hati, atau barang tu seolah-olah tak diterima (walhal pembeli dah terima), PayPal ada hak untuk return duit tersebut kepada pembeli. Kesimpulannya, penjual hilang barang, duit pun hangus!

Isk, bayangkanlah. Beg Linda tu harganya RM1,299. Putih mata oiii. Mujurlah sebelum Linda pos beg tu, Allah bukakan mata Linda untuk baca posting scammers dalam group facebook. Seram juga bila difikirkan betapa banyaknya cara orang nak menipu duit kita kan?

So korang, kalau rasa ada nak jadi scammer macam di atas, rentikanlah. Baiklah korang meniaga macam Linda ni. Mula-mula berniaga dapat bonus 2 angka je, sekarang dah sedap 4 angka walaupun buat dari rumah je. Kalau-kalau korang nak yang 5 angka, buatlah lebih lagi dari Linda.

Korang nak tahu macam mana? Meh join group Linda, Linda bagi otai-otai yang gaji 6 angka sebulan ni tunjuk ajar kat korang k!

Nak cepat, Whatsapp je Linda kat 0129401604. Kalau rasa malu, email kat sihatdengansaya@gmail.com ye.

InsyaAllah kami semua bantu korang capai impian korang tu tau!

CONVERSATION

0 comments: