RESIPI PEGEDIL KENTANG EKSPRES - MASAK APA UNTUK BERBUKA?

Pening dah kepala nak masak apa untuk berbuka hari ni?


Saya buat sup waktu lunch anak-anak. Sambung pulak panaskan sup tu waktu berbuka nanti. Nak lagi best, tambahkan rencah pelbagai sebagai hiasan sup tu.

Maka terhasillah pegedil kentang ekspres yang siap dalam tempoh tak sampai 30 minit. Nanti bolehla letak sayur kubis yang dipotong halus, ataupun taugeh serta daun sup atas hidangan. Untuk yang tak berminat makan nasi, bolehla dimakan dengan mi atau bihun.

Lagipun nak habiskan roti yang tak termakan di bulan puasa ni. Tak baik membazir, betul tak?

RESIPI PEGEDIL EKSPRES

1 keping roti dipotong dadu
1 biji kentang, rebus dan lenyek
1 biji telur
Lada hitam
Bawang goreng
Daun sup 
Garam
(Boleh campur isi ayam/daging/ikan/udang dsb)

Gaulkan semua. Bentukkan adunan ikut suka.

Cara memasaknya ada beberapa kaedah, antaranya menggoreng, bakar dalam ketuhar, guna airfryer dan sebagainya. Terpulanglah pada citarasa anda ya. Kebetulan semalam anak-anak nak yang dibakar.

Goreng: Pecah sebiji telur dan celup adunan dan goreng dalam api sederhana.

Bakar: Bakar selama 10 min, 175°C. Sedia dimakan.


Airfryer: ikut arahan di manual. Nak beli airfryer murah?
Klik di http://www.instagram.com/uk.outlet

Selamat mencuba!

Ingin turunkan berat badan sebelum raya menjelang? 
Jom dapatkan set detox Ramadhan di sini :
1. SET DETOX RAMADHAN http://bit.ly/1U3elFx

2. SET KURUS ASAS (PROMO JUNE 2016 SAHAJA)

3. SET MIGHTY 3 GEM RAMADHAN (PROMO JUNE 2016 SAHAJA)

Pertanyaan lanjut, sila hubungi konsultan kesihatan anda:
sihatdengansaya@gmail.com

CONVERSATION

0 comments: