BAGAIMANA SAYA OPTIMUMKAN PERBELANJAAN RUMAH

Dengan ekonomi yang tak berapa bagus, saya juga sentiasa cuba optimumkan perbelanjaan dalam rumah.

Siapa pakai cloth diapers (CD)?
*cloth diapers ialah lampin kain moden yang boleh dibasuh dan diguna semula.

Saya guna CD semenjak 6 tahun yang lalu. Disposable diapers pun saya still buat spare sepeket dua untuk guna waktu travel. Kadang-kadang dekat setahun baru habis sepeket M80 tu! 

Saya beli CD ekonomi je, harga pun dalam RM10 seunit. Yang berjenama pun ada tapi tak banyak. Dengan anggaran total sebanyak 50 keping CD pelbagai harga, saya mungkin dah belanjakan hampir RM500 untuk membeli CD ni.

RM500 ni juga saya gunakan dari anak no 1 hingga 3. Diwariskan secara turun temurun. Tak pening kepala nak beli saiz apa sebab CD boleh laras mengikut saiz yang diperlukan.

Bayangkan sepeket disposable diapers berharga RM30 utk seorang anak sebulan, kalau 6 tahun, minimum saya dah belanjakan untuk disposable diapers sahaja dah mencecah RM2000 (katalah seorang anak guna disposable diapers minimum 2 tahun, RM30 (80kpg)*24bulan*3org).

Saya betul-betul jaga kualiti CD saya, supaya boleh diguna lebih lama. Sebab tu saya pilih untuk basuh dengan BasicH ni. 


CD tak berbau dan lebih jimat. Paling best, saya tak mengotorkan persekitaran dengan membuang disposable diapers yang sukar dihancurkan, serta bahan pencuci yang organik dan selamat untuk persekitaran. 

BasicH, 1001 kegunaan.
Lebih pekat, lebih jimat!

Linda

CONVERSATION

0 comments: