Plagiarism berlaku di mana-mana, apatah lagi hal "kunang-kunang syurga"

Terbaca viral di OhBulan tentang hal "kunang-kunang syurga" oleh Puan Yasmien yang kehilangan anakanda tercinta, Putera Eyqram Mikael seperti di wall facebook beliau 8 Januari 2016 yang lepas.


Sesungguhnya saya amat bersimpati atas kehilangan beliau namun lebih menyedihkan apabila luahan beliau itu hanya copy paste dan edit nama dengan satu kisah yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Pada April 2014 yang lalu, kisah yang sama, status yang sama berlaku. Namun orang yang berbeza dan kisah berbeza.
Rujuk kisah tersebut di sini : Perginya bayi kecil ini


Saya mesej beliau secara peribadi dan ini yang saya terima.
*imej ini telah saya keluarkan, ibu tersebut telah pun mohon maaf atas keterlanjuran beliau. Beliau hanya mahu berkongsi kesedihan dan kebetulan kisah itu sama, lantas membuatkan beliau tak berfikir panjang untuk bertindak sedemikian.


Wahai ibu, benar kehilangan itu pahit.
Namun berkata benar itu lebih bererti supaya kesedihan itu benar-benar menusuk hati.

Maaf, bukan saya tidak sensitif.
Namun saya amat berharap kita semua lebih jujur, lebih ikhlas.

Salam takziah buat Putera Eymran Mikael.
Semoga Puan Yasmien dan suami tabah dengan kehilangan mereka.

CONVERSATION

0 comments: