Peralatan Memasak Anda

Tadi Wanda Husain dalam group resipi harian dapur kal mas bagi cadangan untuk share peralatan memasak kawan-kawan...



Yang ni feveret saya kalau nak kupas nenas. Dulu ada jual kat kedai dalam kl ni, rega dalam rm10-20 aje. Tapi time tu tak heran sangat.


Lepas tu, tertengok video Crazy Russian Hackers kat youtube. Perghhh! Best pulak mende alah ni!


Kebetulan makcik saya selalu gi Jepun  utk bawak student, saya pun kirim ler sbb selalunya kat Jepun ni idea pelik-pelik dan kreatif. 



Sekali ada la!!!

Tapi harga...ermmm ermmm...RM40 la jugak..tapi hati dah terpaut, saya soh jugak makcik saya belikan.


Rupa bentuk nenas yang telah dikopek bentuk bulat-bulat. Kulit nenas nanti tinggal kosong aje kat dalam tu. Boleh la buat nasi goreng nenas. Empulur dia boleh la buat pina colada...heheh



Sekian perkongsian dari saya :)

CONVERSATION

0 comments: