Jus Katak Penawar Asma Kanak-Kanak

Sambil kemas dapur lepas makan malam tadi, dengar-dengar juga berita TV9.
Kali pertama dengar, macam JUS KATAK.
Dalam hati kata, mungkin JUS PERIA KATAK.


Toleh sekejap kat TV kecik 10" tu.
Besar kecik besar kecik je mata ni nengoknya.
OHHHHHHH!!!

Sememangnya ya!
JUS KATAK SEBAGAI PENAWAR SAKIT LELAH / ASMA terutamanya untuk kanak-kanak!
Katak tu diketuk-ketuknya atas meja, dipicit dan diambil jusnya.
Lepas tu terus diberi makan kepada pesakit.

Kembang tekak kejap mendengarnya!
Mujurlah baru habis makan malam. Kalaulah dok tengok berita sambil makan, mau muntah hijau dibuatnya tadi.

Mujurlah juga Muhammad dan Haqeem dah tak ada bunyi-bunyian lelah semenjak dua menjak amalkan Omega Guard Shaklee dan Meal Shakes. Kalau tak, harus juga gi mencari JUS KATAK untuk diorang ni.

Kalau korang, sanggup telan yang mana?

JUS yang diperah dari KATAK

ATAU

Sesudu Meal Shakes dan sebiji Omega Guard setiap hari?

Baca di sini untuk SET KESIHATAN KANAK-KANAK untuk mengurangkan sakit asma dan lelah.


Sekadar hiburan, sesiapa yang rajin lipat kertas / origami, boleh lah refer panduan buat origami katak di sini ya!


CONVERSATION

0 comments: