Cara masukan insert dalam Cloth Diapers (CD)

Tak susah nak masukkan insert dalam cloth diapers (cd) sebenarnya. Ramai yang tak suka nak guna sebab rasa susah dan remeh. 


Lain halnya dengan saya. Waktu bekerja sepenuh masa dulu saya masih gunakan CD untuk 2 anak saya sepenuhnya. Baik waktu keluar jalan-jalan mahupun bila balik kampung.

Sekarang je dah malas sikit. Hihi.

Ok, sedikit tutorial nak masukkan insert dalam CD yang boleh saya kongsikan dengan semua ya.

Mula-mula ratakan CD, dan genggam 2 keping insert.


Masukkan tangan yang masih menggenggam ke dalam poket CD. Terbalikkan supaya bahagian luar menghadap kita.


Pegang hujung poket dengan tangan lagi satu dan tolak tangan yang genggam CD tadi sampai ke hujung.


Waktu nak keluarkan tangan tu, kembangkan jari jemari dan ratakan bahagian insert tadi.


Taraa..


Dah siap pun!

CONVERSATION

0 comments: