Bayi Cirit Birit, Apa Perlu Saya Buat?

Soalan : Assalamualaikum, bayi 3 bulan dan menyusu sepenuhnya, sekarang cirit birit. Apa perlu saya buat?


Puan yang bertanya boleh berjumpa doktor. Bagaimanapun ubat-ubatan sebenarnya tidak disarankan untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah melainkan dalam keadaan yang benar-benar perlu.

Bagi membantu situasi ini, ibu Perlu mempertingkatkan imun badan dengan pengambilan vitamin c, lebihkan meminum air kosong (bukan air manis ya), dan elakkan makanan yang boleh mencetuskan kembung perut kepada anak, bergantung kepada tahap ketahanan bayi anda. Lagipun, bayi tidak mengalami keracunan makanan kerana belum makan, MELAINKAN ada yang tukang bagi makan. Situasi ini boleh dikesan melalui bentuk dan warna najis.

Adakah bayi bmenyusu badan buang air besar 3 kali sehari dikatakan cirit-birit?

Tidak sama sekali. Adalah menjadi kebiasaan bayi yang menyusu badan sepenuhnya akan melalui salah satu daripada fasa berikut:
- kerap buang air besar sehinggakan 6 kali sehari
- hanya buang air besar setiap 4 hari
- muak susu dalam masa sama kurang membuang air besar

Bagaimanapun, perlu diambil kira sebagai kes kecemasan sekiranya bayi terus-menerus membuang air besar disusuli muak / muntah berlebihan sehingga badan lembik dan tidak bermaya. 

Begitu juga bayi yang tidak membuang air besar selama 2 minggu, ibu boleh amalkan urutan 'love' pada perut bayi, buat senaman 'kayuhan basikal' pada kaki bayi, gosok lembut pada betis bayi dan sebagainya. Namun sekiranya berlarutan, silalah segera berjumpa pakar untuk nasihat selanjutnya.

Dapatkan set penyusuan susu ibu di sini.
Set Penyusuan B
Set Penyusuan E
Set Penyusuan Premium

Linda
0129401604
 

CONVERSATION

0 comments: