RESIPI SUP KAKI AYAM

Bila demam atau selsema menyerang, antara makanan yang selalu saya sediakan untuk kurangkan rasa sakit tersebut ialah SUP KAKI AYAM.
Sup kaki ayam ini dipercayai dapat memanaskan badan di samping meningkatkan selera pesakit.


SUP KAKI AYAM


Bahan-bahannya

Bahan kisar

Bawang besar
Bawang putih
Halia 

Rempah

Kayu manis
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Buah Pelaga
Lada Hitam

Daun saderi
Daun sup
Lobak Merah
Kaki Ayam
Air
Garam (saya masukkan akhir sekali selepas keluarkan bahagian anak)

Cara-caranya

Kaedah 1 (tanpa tumis)

Rebus semua di dalam pressure cooker dengan anggaran masa 15-20 minit.

Kaedah 2 (menumis)

1. Tumis bahan kisar dan rempah sehingga naik aromanya.
2. Masukkan bahan-bahan lain dan rebus hingga empuk.
3. Taburkan bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan.

*kebiasaannya saya memasak menggunakan pressure cooker. Lebih jimat, mudah dan cepat!

Banyak kelebihan sup kaki ayam atau yang menggunakan tulang, boleh baca lebih lanjut artikel tersebut di sini:
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2013/12/16/bone-broth-benefits.aspx


CONVERSATION

0 comments: