Surat untuk anakanda...Azalea


Azalea demam, batuk dan selsema.
Mama dah makan Nutriferon, Vitamin C dan Garlic untuk tingkatkan antibodi badan.
Memandangkan Azalea menyusu sepenuhnya, makan pun celup celap ikut dan je, mudah-mudahan dapat segala nutrien daripada mama ye.

Semalam Azalea tidur seharian.
Setiap jam merengek nak susu sambil pejam mata.
Dah menyusu dalam 10-15 minit sambung tidur balik.
Seronoknya tengok Azalea tidur.
Mesti terbayang-bayang video Pok Amai-Amai yang Tah hantar eksklusif dari Dirleton Drive, Glasgow.

Malam tadi, waktu Azalea bangun, mama perasan Azalea dah pandai panjat katil tarik dan pandai turun sendiri.
Mama tak sempat ambil gambar sebab abang-abang dah kidnap handphone mama.
Hari ini, mama letak Azalea atas sofa sekejap sambil mama nak ambil cloth diaper.

Pusing-pusing mama nak terjerit sebab Azalea tengah reverse, turun punggung perlahan-lahan dari sofa ke lantai.
Azalea sengih-sengih je tengok mama, kononnya nak bagitau mama yang Azalea dah pandai turun kerusi ye.

Anak mama dah besar.
Sekejap je dah nak masuk 11 bulan.
Mama sayang semua tau!

CONVERSATION

0 comments: