Berpantang Cara Moden : Menu Pemakanan Dalam Pantang

Sepanjang saya berpantang, semuanya di rumah sendiri.

Ya! Saya akui saya tak berpantang betul-betul.

Sebab saya anak bongsu, tak ada kakak atau adik-adik untuk saya "pinjam" untuk membantu di rumah.

Saya juga tiada pembantu rumah, saya tak berapa gemar tinggal dengan orang asing dalam rumah saya sendiri, ada perasaan trauma di situ.

Saya hanya ada seorang mama, yang hampir 70tahun umurnya.
Walaupun mama tak ada langsung sakit kronik atau yang sewaktu dengannya, saya tetap tak sanggup nak biarkan mama saya buat kerja-kerja rumah.

Waima perkara yang tak sepatutnya ibu berpantang lakukan seperti mengemop, menyapu sampah, menyidai baju dan sebagainya turut saya lakukan seawal seminggu saya melahirkan. Bukan apa, saya benar-benar tak sanggup bebankan mama yang telah besarkan saya dari kecil, yang telah tatang saya dari kecil, yang telah bersusah payah dari saya kecil.

Maka, dari segi pemakanan pun saya hanya minta mama bantu sikit-sikit sambil saya siapkan menu sepanjang saya berpantang.

Oh ya! Saya dalam usaha membuat kompilasi menu berpantang selama 40 hari.

Sekiranya anda berminat mendapatkannya secara PERCUMA, bolehlah menghubungi saya seperti di bawah:
Linda Ismail
012-9401604
sihatdengansaya@gmail.com
fb.com/SihatDenganSaya/messages

Dalam pantang, jangan lupa amalkan set berpantang Shaklee tau!
Boleh pm saya untuk membuat pembelian.


CONVERSATION

0 comments: